Pages

Wahai para pejuang pemikiran



Makin saya melihat diri,
Makin timbul rasa kerisauan,
Dan terdetik untuk menulis
Sebuah coretan lintasan hati...

Khususnya untuk diri saya,
dan orang yang bersama-sama,
dalam membuat amal...

. . . . .

Wahai Para Pemikir,
Dengan segala rahmat-Nya, Allah memberi kelebihan kepadamu
bukanlah untukmu semata-mata, tapi untuk disampaikan kepada yang masih mencari dan yang berhak,
kamu kata kamu pejuang islam, tapi kenapa kamu tidak menyebarkan islam yang diperintahkan ke atas kamu.

Para Pemikir Islam Sekalian,
Kamu harapan islam, tapi mengapa kamu segan dan tidak ke depan dalam menentang kefasadan dan kemungkaran. sedangakan musuh-musuh Allah sentiasa maju kehadapan bagi menghancurkan pemikiran ummah Islam yang suci. Tapi betulkah kamu harapan islam, sedangkan dirimu sendiri belum disibukkan dalam urusan tarbiyyah dan dakwah.

Wahai Pendokong Ideologi Tertinggi,
Kamu kata kamu daie, tapi kenapa kamu masih menangguh untuk merancang dan menyusun urusan dakwahmu. Adakah kamu daie yang diharapkan oleh kekasih Allah, dalam masa yang sama kamu lebih memikirkan tentang dirimu berbanding umat sekeliling kamu yang menjadi amanah pada dirimu.

Wahai Para Penyambung Risalah,
Risalah apa yang kamu bawa? Risalah nabi junjunganmu? Tapi kenapa kamu hanya membawa dan menyampaikan sedangkan dirimu si pembawa tidak berusaha untuk beramal sepenuhnya dengan apa yang kamu bawa. kamu sangka kamu ingin menyelamatkan si penerima dari seburuk-buruk tempat tapi kamu berada di tempat yang sama dengannya. bagai kamu dan penerima ada di jurang curam gunung, dalam keadaan tenat seperti itu kamu menghulurkan tangan untuk menyelamatkannya. sudah tentu mereka tidak akan terima.

Wahai Penerus Utusan Allah,
Bersatulah,bersatulah dan bersatulah dalam dakwah dan dalam membuat amal kearah mardhotillah kerana keberkahan tuhanmu diturunkan kepada yang bersatu.
sedarlah..sedarlah wahai para pejuang.

Mac.2009
Sekolah Menengah Islam Hira'


Sesi tazkirah oleh akhi Shahir dalam program Iftar batch,
program seperti ini banyak mengajar kami erti ukhuwwah islamiyyah dan amal jamaie.
(foto) saya berada di hadapan sekali, berbaju biru dan berketayap. 2009


Tulisan ini adalah memori tarbiyyah bagi saya, sebuah kenangan yang sukar dilupakan kerana ia adalah intipati kepada diri saya. Tarbiyyah yang membentuk diri ini dari bertindak buas dan nakal pada ketika dahulu kepada diri yang baharu, diri yang berfikir, mengejar ilmu dan berhemat.

Hadirnya diri di dalam tarbiyyah seolah-olah menghadirkan diri ke alam dunia dari alam rahim yang gelap. Bernafas dengan udara yang baru, memandang manusia dengan pandangan harapan dan berfikir tentang diri kepada menentang musuh musuh umat ini.

Semua ini tak mampu dicapai melainkan dengan proses pentarbiyahan lama dan tersusun. Untuk seusia saya menulis Sajak ini, tarbiyyah yang lengkap susah untuk di dapati selain dari institusi Hira', Sekolah Menegah Islam Hira'.

Terima kasih kepada para murabbi yang mendidik, serta para As-saatizah yang meninggalkan legasi dakwah dan tarbiyyah di sana.

Antumlah yang melahirkan saya ke dunia yang baru.

( Penulisan asal di blog lama saya : http://duaperkongsian.blogspot.com/ )

Inilah kelebihan melayu



"I cannot but consider the Malayu nation as one people, speaking one language, though spread over so wide a space, preserving their character and customs, in all the maritime states lying between Sulu Seas and the Southern Oceans." -Stamford Raffles, 'On the Malayu Nation', Asiatic Researches, 12 (1816): 103.

. . . . .

Assalamualaikum, untuk post kali ini, saya tidak berfikir untuk menulis dengan panjang lebar kerana idea untuk tulis post ni bermula dengan idea yang datang secara tiba-tiba. Idea yang mudah yang saya terilham dan intingin saya kembangkannya, semoga para pembaca seklaian memahaminya :)

Al7amdulillah 3ala kulli ni3mah,

Saya kini berada di negara yang mempunyai banyak panggilan, wilayah jajahan Firaun, bumi Anbiya', lubuk ilmu, ummu-d-dunya dan segala bagai. Kesemua panhgilan tersebut adalah kerana negara Mesir mempunyai pelbagai kisah sejarahnya, bentuk tanah serta geografinya, khazanah ilmu yang cukup luas di  Universiti Al-Azhar Asy-Syarif dan sebagainya. 

Saya memang suka memerhati masyarakat Mesir ni, dan saya dapati orang arab ni, khususnya rakyat Mesir ini mempunyai perangai tersendiri. Mereka ni bersemangat, gigih berusaha, kuat menghafal dan segala perangai yang sewaktu dengannya. 

Perlu difahami bahawa, setiap apa yang kita lihat adalah kesan pengalaman dan sejarah (idea pertama!). Seperti yang diketahui semua, orang mesir la anak cucu Firaun, mereka juga lah yang pernah menghalau semua Yahudi dari semenanjung Sinai dan orang-orang Mesir ni jaga lah yang paling berjaya membuat revolusi menjatuhkan pemimpin mereka.  Oleh itu, lahirlah masyarakat yang semangat, sensitif  dan bangga dengan identiti mereka.

Kita pergi ke realiti di Malaysia,

Lihat kepada sejarah Tanah Melayu, kita susah nak lihat kebangkitan masyarakat Melayu menentang penjajah. Saya tahu banyak siri-siri peperangan ke atas penjajah digelapkan dari buku sejarah sekolah. Akan tetapi, jika ingin dibandingkan dengan orang arab, orang Indonesia sekali pun, sangat lembut Orang Melayu di Tanah Melayu ni. Kita pun dapat lihat orang Melayu ni lembut sifatnya, sopan perkertinya.

"setiap apa yang kita lihat adalah kesan pengalaman dan sejarah"

Jadi, kalau sifat melayu lembut dan sopan, bagaimana pada masa dahulu ummat melayu ini dapat membina satu empayar yang besar. Ia seperti melayu dahulu dan melayu sekarang adalah dua bangsa yang tidak ada kaitan satu sama yang lain.

Tidak! Sesekali tidak!

Melayu adalah bangsa yang satu.

. . .

Saya melihat melayu kuatnya pada akal dan politik (idea kedua)

Dalam sejarah, orang melayu tidak menganut mana-mana agama selain islam. Melayu bukanlah penganut hindu-buddha, melayu tak terima mana-mana agama kecuali islam. Sebabnya hanaya satu, bijak!

Saya tak berminat untuk cerita sejarah di sini, tapi ingin tunjukkan yang melayu ni  menyelesaikan masalah dengan berfikir sebelum mengamuk dengan berperang.

Realiti politik Malaysia hari ini sangat memeningkan, 
1) mana yang lebih kebenarannya daripada yang lagi satu yang kurang kebenarannya?
2) formula yang digunakan oleh ahli politiknya sukar dijangka.
3) satu baik luar dalam rosak, lagi satu, rosak kat luar dan maslahat terjamin.

Saya yakin kita tak akan jumpa suasana politik yang lebih bercelaru daripada yang berlaku di Malaysia (idea ketiga). 

Malangnya, kelebihan melayu ini digunannya salah, dibetulkan tak mahu.