Pages

Rancang Pelajaran



(gambar hiasan)

Melalui Sijil Penilaian Melaysia (SPM) adalah perkara yang wajib bagi pelajar di Malaysia kecuali mereka yang tidak melalui sistem Pendidikan Kerajaan seperti sekolah pondok dan maahad tahfiz swasta. SPM adalah adalah detik penilaian sama ada tempoh pembelajaran sepanjang 5 tahun punyai kesan atau tidak. Jika tersurat gagal pada SPM, kita akan diaggap gagal dalam 5 tahun di sekolah menengah kecuali yang menilai dengan kaca mata Tarbawi.

Walaupun pelajaran adalah satu aspek daripada aspek-aspek tarbiyyah tapi ia tidak menandakan kegagalan dalam tempoh tersebut.

Penting kita pada hari untuk merancang perjalanan study kita, jika tidak dirancang, jangan impikan yang lebih dari apa yang pernah diraih atau lebih teruk. Di sini, saya simpulkan kaedah –kaedah mudah untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran melalui rujukan dari pakar dan pengalaman.



Pertama: meletakkan fokus.
Menetapkan pelajaran apa yang ingin difokuskan pada sesi hari tersebut. Sebagai contoh, sebelum mula prep ,duduk sebentar selepas habis solat Isyak dan susun waktu sepanjang 2jam. Apa yang ingin belajar? Topik apa? Kaedah bagaimana (latih tubi: add math, physics. Nota: biology, sejarah)?

Kedua: set mind
Melihat sepintas lalu apa yang ingin dipelajari. Waktu paling sesuai untuk mengeset mind adalah pada waktu perhimpunan. Yang mana kebviassan kita termenung (maleh nak dongar). Lebih baik kita susun minda kita apa yang aku nak pada hari ini, apa yang aku tak nak buat pada hari ini. Contoh mudah, kebiasaannya kita akan tidur bila subject yang susah nak faham. Cakap pada diri sendiri “hari ni aku tak nak tidur, kerana nanti aku akan ketinggalan atau mungkin Allah akan balas aku tak skor time SPM atau. . .”. Dengan kita berazam dan kita cuba membenci sikap tersebut, insya-Allah akan bantu.

“Jika kamu berazam, maka bertawakkallah” (ayat:surah)

Ketiga: beri perhatian.
Saya pernah bertanya kepada senior saya, saya tanya kepada dia kerana saya tahu latar belakang dan pencapaiannya yang cemerlang. “Apa yang abang buat sebenarnya ah? Ana nampak macam tak belajar je?”. Dengan jawapan yang panjang lebarnya, saya dapat simpulkan yang abang ni sangat fokus dalam kelas. Itu sahaja!.

Keempat: manfaatkan masa.
Sudah menjadi budaya sekolah berasrama untuk di dalam kelas. Satu tip mudah suka saya kongsikan bersama adalah dengan membuat aktiviti yang diminati. Bagi yang minat melukis, lukis gambar rajah atau peta minda untuk pelajaran yang memerlukan banyak hafalan. walau kita buat kerja lain, namun tetap kita dapat nilai tambahnya di situ.

Kelima: hidupkan budaya.
Elakkan perbualan yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Hidupkan budaya diskusi ilmu. Jangan mensia-siakan rakan yang pakar sesuatu subjek.



Lega selepas peralihan.

Kebanyakkan calon SPM adalah tingkatan 5 yang mempunyai banyak tanggung jawab selain daripada kurikulum. Mungkin Ko-kurikumlum, siding redaksi atau UPD (Badar). Jadi, penting untuk kita mengfokuskan kepada penerusan kerja. Melatih batch kemudiannya kemahiran-kemahiran, ajar memimpin (Pengawas, Badar). Ini penting untuk melepaskan jawatan tersebut secara penuh selepas peralihan, mereka tak cari kita balik.

Perancangan pelajaran sangat penting bagi memastikan kita tidak lingkup dalam pelajaran seterusnya menjejaskan amal utama kita. Membina manusia.

Ayuh 11A+ untuk ummah!


Thabat


Adakah aku masih mampu menegapkan kakiku untuk berada di atas jalan yang sukar ini?

Tidak akan sesekali kumengalah walau mulut untuk berlenggang dari berbincang masalah umat,

tidak akan kumewaqafkan sebidang tempat di hatiku untuk membiarkan syaitan menguasai,

tidak akan kuizinkan mata ini mengalah dengan nafsu.


Tapi, kuingkar lagi walau dipesan berkali-kali,

mataku terus memandang walau iman menghalang,

hatiku teruterus mencintai manusia yang tidak mencintai tuhannya,

mulutku tak terhenti tanpa berfikir azab yang menanti.


kadang-kadang iman ku tersentak,

bibirku terkelu,

akalku terfikir,

Adakah masih mampu kakiku menegap di atas jalan ini?



Sekolah Menengah Islam Hira'
2009

Latar belakang Penulisan:

Zaman mula ikut tarbiyyah bermula pada 2007 . Pada ketika itu ramai sahabat di atas jalan.
Berlalu masa bilang yang bersama makin kecil. Sahabat dakwah makin sedikit.
Lebih terkilan apabila sahabat yang banyak membantu jua pergi. Bukan meninggalkan malah menentang. Dari berbelas bilangan menjadi 3 orang. Dengan perasaan sayup saya menulis coretan ini.