Pages

Islam dan Melayu



Syeikh Abdullah Fahim (1890-1961) - Bekas mufti Pulau Pinang


Beliau pernah berkata:
Jika orang Melayu leka. Allah akan menggantikan bangsa lain yang beragama Islam yang lebih baik dari kita untuk memimpin tanah air kita.

4 pengajaran yang dibawa oleh Syeikh Abdullah Fahim dalam kata-kata di atas:
  1. Orang Melayu leka. Ini cukup menjadi kebimbangan kepada beliau. Jika diteliti kisah hidup beliau yang penuh ranjau, cukup menunjukkan yang beliau sangat sayangkan bangsa Melayu. Bangsa yang hidup matinya, naik jatuhnya dengan Islam.
  2. Allah hanya akan beri kepada yang terbaik sahaja untuk memimpin sesuatu. Ini sunnatullah.
  3. Beliau mengisytiharkan bahawa Tanah Melayu adalah tanah wakaf umat Islam. Tidak boleh dipindahganti. ini kerana beliau berkata "bangsa lain yang beragama Islam".
  4. Beliau ingin Orang Melayu tetap dipilih oleh Allah unutk menerajui tanah nenek moyang kita. Di sebabkan inilah beliau menasihatkan orang  Melayu agar mesti menjadi yang terbaik.


Melayu Sepakat, Islam berdaulat.





2 comments:

mz said...

rujukan mana nih???

Ahmad said...

Buku terbitan UMNO: sejarah perjuangan UMNO. buku tersebut ada mengisahkan tentang Syeikh Abdullah Fahim memberi pendapat untuk merdeka pada 31 ogos 1957.