Pages

Tingkatkan Cara Fikirmu!



Manusia adalah makhluk yang diberi akal digunakan untuk berfikir sebebum melakukan sesuatu tindakan. Cara fikir yang besar akan bawa kepada natijah yang besar dan sebaliknya. Kita lihat pemimpin tersohor di mana-mana umat, fikiran mreka hanyalah kearah kemajuan dan kemenangan. baik dari sudut yang baik atau buruk. Lain pula dengan orang-orang jalanan yang bangun paginya terus memikirkan mana tong sampah yang bakal dipunggahkannya. Mesti difahami di sini, bahawa cara fikir kita sangat mempengaruhi diri kita, sikap kita dan kesungguhan kita. 

Setiap manusia akan melalui pemeringkatan, samada dia merancang atau dia dirancang. Untuk memenuhi keperluan peringkat yang lebih tinggi, perlunya kita mengubah cara fikir dan kebiasaan kita sebelumnya.

Jika sebelum ini kita sebagai anak, kita tidak memikirkan soal kewangan. Maka, bila kita diperingkat ibubapa, ita dipertanggungjawabkan untuk memikirkan soal ini. Ini adalah contoh perubahan yang tak dirancang kerana ia adalah proses yang wajib kita lalui.

Itu tak menjadi masalah kerana proses sedikit demi sedikit akan mengubah carak pemikiran kita. Yang menjadi persoalan di sini adalah apabila perubahan itu adalah dalam rancangan kita. Dalam membawa perubahan tersebut, kita harus memaksa otak kita berfikir, mengerahkan anggota kita yang sebelumnya lesu bagi merealisasikan matlamat kita. Ini memerlukan satu daya fikir yang tajam dan cepat pick-upnya.

Semasa kita berada dalam fasa membina asas kepada gerakan. Membina Generasi Harapan. Kita menjadi selektif (maaf kalau istilah ini tak sesuai dalam hal ini). Kita menumpukan perhatian kepada yang berpotensi untu dijadikan asas yang kukuh kepada gerakan ini. Tapi apabila kita masuk kepada fasa terbuka atau penggarapan masyarakat. Kita mesti mengubah cara fikir kita. Kita harus menerima semua jenis manusia dan pembinaan asas adalah selepas itu. Ini memerlukan cara fikir diluar kebiasaan.

Contoh lain,
Kita mla mengikuti tabiyyah sejak dari sekolah mengah. Pada peringkat ini takungan amal mungkin dalam 600 orang. Tapi apabila ita menjejak kaki ke peringkat IPT, takungan amal kita mencecah beribu-ribu orang. Bidang yang besar memerlukan fikiran yang besar. Peringkat sekolah dan universiti adalah peringkat kita sebagai pelajar dakwah. Kita disiapkan untuk menghadapi masyarakat dengan keadaan terbaik. Dan apabila kita keluar ke dunia realiti, kita berdepan dengan macam-macam ragam manusia yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Takungan amal berjuta-juta. Pada peringkat ini barulah kita menjadi pendakwah yang sebenar, kita turun ke medan yang sebenar. Ini sangat-sangat memerlukan perubahan dalam corak fikiran kita.

"Orang yang hebat adalah orang memaksa dirinya melakukan perubahan. orang yang lemah dipaksa untuk melakukan perubahan."
Kepantasan kita utntk memahami kita situasi, kesediaan kita untuk melakukan perubahan mempengaruhi gerak kerja kita.

Wallahu a'lam

Cemerlang



Lagi 5 minggu SPM akan tiba. Rasa menyesal, semangat terus bercambut baur. Termotivasi dengan cita-cita sendiri yang sangat tinggi yang hanya akan tercapai dengan kegigihan dan pengorbanan. Dalam kesibukan belajar, sempat saya duduk sebentar dan berfikir sejenak, melihat kawan-kawan yang merupakan calon-calon SPM tahun ini. Saya dapat simpulkan kepada 3 kumpulan.



  1. "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act but a habit." Aristotle                                                                             Ada jenis orang yang apabila dia mengetahui SPM tak jauh lagi. Dia terus ambil kertas, lakar perancangan belajarnya, susun jadual hariannya. Kita tidak akan dapat lihat pada dirinya melainkan perkara yang penting sahaja dan daya fokus yang tinggi. Orang seperti ini sudah menjadi habitnya apabila buat sesuatu dia ingin kecemerlangan dan kesempurnaan.
  2. "Bad men are full of repentance." Aristotle                                         Golongan kedua ini pula saya tidak katakan mereka ini adalah bad men tetapi mereka yang saya lihat adalah golongan yang terus melakukan perkara yang sama. Sedang masa terus meningkat, diri mereka tidak meninggkat dari perkara yang menjadi rutin bagi mereka. Tidak melakukan booster.
  3. Golongan ketiga yang saya maksudkan adalah golongan seperti negara-negara dunia ketiga. Hanya mengikut arus semasa, tidak membuat keputusan sendiri dan bersifat mengikut. 2 kemungkinan menjadi asbab: 1) Kurang persediaan sehingga mengakibatkan kegelisahan. 2)Kurangnya cita-cita, kerana matlamat adalah motivasi terbaik bagi yang berusaha (hanya yang berusaha).



Saya memandang fenomena ini dari sudut sifat dan sejarah. Apabila kita selak-selak kamus sejarah hidup generasi yang melakukan perubahan, peribadi-peribadi yang menjadi peningkat fasa-fasa manusia. Mereka tidak lain hanyalah berusaha dan berfikir untuk kecemerlangan dan kesempurnaan.

Berbeza dengan pakcik-pakcik yang bergoyang kaki sepanjang tahun kecuali masa menuai sekali setahun. Bila tiba tempoh tamat hidupnya, di situ juga tempoh dunia tamat kedengaran namanya diperkatakan.

Penting untuk kita sebagai pemuda yang hanya berusia semaian untuk mengumpulkan sifat-sifat dan menepati sunnatullah mereka yang cemerlang. Bagi menempatkan kita di barisan hadapan umat ini. Setiap kita membawa nilai masing-masing.