“Hisablah
diri kamu sebelum kamu dihisabkan” Umar Al-Khattab
Masa terus
berlalu meninggalkan kita perbagai kisah
menarik di institusi islam ini. Bermula dari awal tahun hingga ke saat ini,
sudah pelbagai kenikmatan telah kita kecapi dan sudah pelbagai cabaran kita
tempuhi. Satu persoalan yang semua dari kita harus menjawabnya,
Adakah tempoh
ini telah meningkatkan nilai diri kita?
Sudah terbinakah iman dan ukhuwwah
antara kita?
Seperti kisah bapa para nabi Ibrahim ‘alayhi salam,
apabila diperintah Allah s.w.t untuk membina Kaabah bersama anaknya, Ismail
‘alayhi salam. Setelah siap beberapa bahagian bangunan, baginda ‘alayhi salam
pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan memerhati apa yang telah baginda dan
puteranya bina. Begitu jua kita, kita dituntut untuk menilai kembali setiap
pekerjaan yang kita lakukan. Jauhkan diri kita dari menyebelahi diri sendiri,
tetapi neraca setiap pergerakkan kita bertepatan dengan perintah Allah,
pencipta diri kita itu sendiri.
Sudah
berlalu 3 bulan berlalu. Harus kita koreksi 2 perkara yang sangat penting yang
menjadi kekuatan kita iaitu iman dan ukhuwwah. Setinggi mana kita
telah binanya, sebulat mana kita telah bentuknya.
Iman adalah mutiara yang dikurniaan
Allah. Yang sinarnya menjadi pencerah kepada seluruh tubuh untuk mengerjakan
amal kebaikan. Adakah kita sudah menggilapkannya dengan memperbanyakkan
zikrullah dan amalan sunnah atau kita membiarkannya terus menjadi keruh hingga
tiada beza antara yang dikurniakan dan tidak dikurniakan.
Ukhuwwah adalah ikatan yang kuat yang
mengikat antara hati orang-orang beriman. Ia tidak mengikat pemilik-pemiliknya
secara lahiriah. Tetapi ia adalah pengikat di kala doa sahabatnya di malam
hari, sebagai penarik di kala sahabatnya terjatuh ke lembah kelalaian.
Menasihati saudaranya sebagaimana dia ingin dinasihati saudaranya. Itu lah
nilai ukhuwwah yang harus kita miliki, yang haru kita berusaha mendapatkannya.
Wallahu
a’lam
No comments:
Post a Comment