Pages

al-Minangkabawi



 Istana Pagar Ruyung. kini menjadi muzium Minagkabau.

Sebelum ini bila mengkaji sirah nabawiyyah. Saya dapat lihat pengaruh keluarga dan keturunan sangat mempengaruhi ketokohannya. Malah Segala tindak tanduk orang arab ketika itu akan dikaitkan dengan nenek moyang meraka.

Lebih dari itu, kita dapat lihat nabi dan sahabat sangat mengambil berat aspek nasab keturunan. Abu bakar as-siddiq menjadi rujukan kepada masyarakat Quraisy kalau berlaku permasalahan susur galur keturunan.

Terdetik di benak hati banyak persoalan. Siapakah aku? dari mana aku datang?
Alhamdulillah, Allah tak beri masalah ini terbiar lama. Allah memberi saya kenal bukan setakat dengan lisan pakcik makcik tapi Allah memperlihatkan saya saudara-mara jauh. jauh hingga dah tak ada iras-iras muka.


Ahmad Jihad bin Haji Abdul Halim bin Haji Abdullah bin Haji Hasan bin Muhammad Baginda Said bin Tubus Al-Minangkabau

Nama yang sedemikian panjang ini dapat saya kumpulkan ketika 'balik kampung' di Kerinci, Sumatera Barat. Keluarga besar di sana ada membuat bloodline, samapai di Haji Hasan terputus. Tak tahu siapa isterinya anak-anaknya  kecuali atuk saya yang tertulis pada kertas tersebut Haji Lah (nama sebenar Haji Abdullah).


Minangkabau

Minangkabau adalah satu bangsa yang kuat agamanya dan berpendidikan. Setiap anak lelaki yang sudah akil baligh akan disuruh meninggalkan rumah untuk mencari ilmu dan berlajar berdagang.

Pengaruh agama Islam begitu mendalam pada bangsa Minang. Ini jelas dalam pepatah minang : Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah. (basandi = bersendi)
Dan disebabkan budaya inilah saya menjadi rakyat Malaysia, kerana Haji Hasan yang berasal di Kerinci, Sumatera Barat berhijrah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Haji Hasan melalui perjalanan hidup sama seperti pemuda minang yang lain berhijrah ke Makkah untuk menimba ilmu. Beliau hanya beberapa kali sahaja pulang ke kampung, melalui cerita, saya dapat simpulkan bahawa beliau adalah pendakwah yang gigih dan kuat berkorban.

Antara tokoh-tokoh ilmuan dan nasionalis seperti:
  1. Ahmad Khatib Al-Minangkabawi. Beliau belajar dan mengajar di dalam Masjid Haram dan dilantik menjadi imam Masjid Haram kerana beliau pernah menegur bacaan Imam ketika itu.
  2. Syeikh Abdul Karim Amrullah. Juga dikenali sebagai Haji Rasul. Beliau merupakan pelopor kepada gerakan Islah(tajdid) di Minangkabau.
  3. Haji Abdul Malik Karim Amrullah. lebih dikenali sebagai HAMKA. Anak kepada Haji Rasul. Beliau merupakan penulis dan pemikir. beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah.

Dalam perjalanan ke Kerinci, kami singgah melihat keindahan Danau Kembar.


Perjalanan sebegitu jauh tidak saya tinggal begitu sahaja. Beberapa kesimpulan yang dapat saya peroleh:
  1. Merapatkan hubungan adalah satu akhlaq dari akhlaq-akhlaq Islam. Ketika 'Aisyah ditanya apakah kelebihan Asma' binti Abu Bakar (kalau tak silap). Beliau menjawab bahawa asma' adalah orang paling suka mengikat silaturrahim.
  2. Bangsa menjadi asas kekuatan umat terdahulu dan kemudian. Ini dapat kita lihat Bangsa Kurdis yang dibahagikan tanah mereka kepada beberapa buah negara untuk mengelakkan mereka bersatu. Bangsa Minangkabau yang paling berpengaruh ketika era penjajahan Belanda di Indonesia.

Bangsa yang pernah melahirkan pembebas alQuds, Salahuddin Al-Ayyubi.