Pages

Bersama Jum'ah Amin



Jum'ah Amin Abdul Aziz (Naib Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin)

Selasa | 13 Julai 2011

Kedatangan Syeikh Jum'ah Amin disambut dengan penuh meriah dengan kehadiran lebih kurang 1000 orang. Peribadi yang saya selalu dengar dari mulut ke mulut kini berdiri dihadapan saya. Saya tenung wajahnya, saya perhati tingkah-lakunya, tidak lain saya dapat katakan melainkan beliau adalah tinggi keperbadiannya dan tinggi ilmunya

Ketokohan dan ketegasan Syeikh Jum'ah Amin jelas ketika beliau memberi ucapan. Setiap ayat dalam ucapannya membawa maksud, setiap kisah-kisah yang dibawanya menambah semangat. Sempat saya catat beberapa isi penting dalam ucapannya:
  • Sekolah yang pertama dibina oleh Imam Hasan Al-Banna adalah Maahad Hira'. Yang banyak Menghasilkan Akhawat untuk jamaah Ikhwan.
  • Ilmu dan akhlaq adalah perkara yang sama. Yang dipisahkan oleh orang-orang barat. Kerana Islam ingin lahirkan masyarakat yang profesional dan berakhlaq.
  • Akhlaq bukan diajar oleh guru agama sahaja, tetapi diajar oleh semua guru.
  • Tugas guru bukan sahaja mengajar akedemik tetapi mendidik anak muridnya dengan akhlaq-akhlaq Islam.


Mencuri Peluang



Saya kini sedang membaca buku Fiqih Dakwah karangan beliau sebagai buku kajian. Buku tersebut banyak memberi input-input baru kepada saya.


التغيير على منهخ النبوة  buku lain karangan beliau. buku ini menjadi bahan kajian bapa saya dalam memahami fikrah Ikhwan.

Peluang tak boleh dilepaskan. Inilah peluang untuk saya bersemuka dengan beliau. inilah satu-satunya peluang saya untuk meminta tanda tangannya. Kedatangan beliau ke Malaysia bukannya dua kali. Jika saya tak pergi sekarang saya tak akan dapat lain kali.



Sejurus sahaja upacara beliau tamat, tanpa banyak soal, saya terus naik atas pentas dan meminta beliau menanda tangani buku saya. Walau rasa malu, saya terpaksa menebal muka ketika itu. kerana yang penting tekad saya dapat dilangsaikan.




Nasihat dan Tanda tangan Jum'ah Amin. 



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Anakku yang dikasihi Ahmad Jihad,
Demi Allah sesungguhnya ia sangat menggembirakanku bahawa aku tanda tangani di atas buku aku (yang aku tulis). 
Telah berlalu buku ini lebih dari 40 tahun kemudian aku terkejut dengan terjemahannya kepada orang-orang Malaysia dan ini patut mendapat syukur kepada Allah. 
Adapun kamu wahai Ahmad maka saya berdoa kepada Allah, dia(buku ini)  akan memanfaatkan untuk kamu melalui apa yang ada di dalam buku ini. 
Bahkan anda berusaha untuk menyebarkannya.
Allah-lah yang memberi Taufiq.  
Ayahmu,
جمعة امين عبد العزيز
 13/7/2011


     *     *     *


Ini adalah kenangan dakwah, ini adalah kisah besar yang terkandung banyak pengajaran di dalamnya.

  1. Iradah Qawiyyah (keinginan yang kuat) adalah sikap yang mesti ada pada mutarabbi. Kerana dengan sikap inilah mutarabbi itu akan menjadikan akan menjadikan setiap tunjuk ajar yang diterima adalah pengislahan buat dirinya.
  2. حماسة الشباب , حکمة الشيوخ9 semangat pemuda dan hikmah syuyukh adalah dua aspek yang tak dapat dipisahkan. Kita lihat semasa revolusi rakyat Mesir, para pemuda berdemostrasi di jalanan dan para syuyukh yang menyelesaikan di pihak pengurusan. Berbincang dengan Perdana Menteri dan sebagainya.