Pages

Aku mahu cemerlang




Hari demi hari, tahun demi tahun berlalu.

Tak sedar rupanya saya sudah berada di kerusi tingkatan 5,

Dan datang kepada saya kewajipan untuk cemerlang dalam SPM.

Kenapa wajib?
  1. Kerana saya adalah pelajar yang memikul dakwah, memahami fikrah. Tak boleh tidak cemerlang semestinya menjadi satu agenda.
  2. Fitnah dakwah. Istilah ini selalu disebut tetapi sering kali dicuaikan. Peribadi -peribadi yang menjadi qudwah dalam amal fardhi sebagai contoh gagal untuk menjadi qudwah dalam pelajaran. 
  3. Kerana saya tak ada modal alasan untuk tak cemerlang. Mana taknya, saya dah diberi pelbagai nikmat. Saya dah diberi sekolah untuk saya menadah ilmu. Saya dah diberi ibubapa yang berlatar belakangkan pendidikan tinggi untuk saya menuntut dengannya. Yang penting, saya dah diberi kefahaman kenapa saya perlu cemerlang.

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna: pernah menjadi pelajar terbaik Kaherah, Mesir ketika di Darul Ulum.


Sudah menjadi kewajipan untuk mereka yang mengikuti pentarbiyyahan untuk berjaya. Kerana tarbiyyah membawa kita untuk berwawasan. Dan kita sebagai jundi-jundi dakwah harus merealisasikan cita-cita dakwah. Kita menjayakan agenda dakwah. Kita harus berjaya.

Orang yang pandai bukan kerana kekuatan otak seseorang itu sepenuhnya. Tetapi ia lebih kepada sikap orang yang pandai itu. Kuat berusaha dan mempunyai matlamat yang jelas. Dia berusaha kearah itu, dan berkorban untuk mencapainya.

Dan semua sifat orang pandai-berjaya mesti ditanam dalam jiwa setiap kita. Imam Albanna membawa kita untuk meletakkan matlamat dan berusaha kearahnya, sikap pendakwah terhadap dakwah sebenarnya yang banyak mempengaruhi keberjayaan dakwah. Bukan kehebatan seseorang itu untuk berkata-kata dihadapan. Kerana sejarah dan pengalaman telah menunjukkan kita, ramai yang petah bercakap menganggur, dan yang kurang bercakap jelas hasilnya.


Sekolah Menengah Islam Hira': tempat saya mula disemai dan digilap dengan fikrah AlBanna. 


Saya menyingkap kisah-kisah pendakwah khususnya di alaf moden kini, ramai diantara mereka merupakan pelajar terbaik di tempat masing-masing. Dan kini giliran saya untuk menjadi seperti mereka. Moga Allah beri kekuatan unutk saya dan ikhwah-ikwah lain untuk berda diatas jalan ini dan peroleh kecemerlangan seperti mereka yang terdahulu. Ameen.