Pages

Cemerlang



Lagi 5 minggu SPM akan tiba. Rasa menyesal, semangat terus bercambut baur. Termotivasi dengan cita-cita sendiri yang sangat tinggi yang hanya akan tercapai dengan kegigihan dan pengorbanan. Dalam kesibukan belajar, sempat saya duduk sebentar dan berfikir sejenak, melihat kawan-kawan yang merupakan calon-calon SPM tahun ini. Saya dapat simpulkan kepada 3 kumpulan.



  1. "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act but a habit." Aristotle                                                                             Ada jenis orang yang apabila dia mengetahui SPM tak jauh lagi. Dia terus ambil kertas, lakar perancangan belajarnya, susun jadual hariannya. Kita tidak akan dapat lihat pada dirinya melainkan perkara yang penting sahaja dan daya fokus yang tinggi. Orang seperti ini sudah menjadi habitnya apabila buat sesuatu dia ingin kecemerlangan dan kesempurnaan.
  2. "Bad men are full of repentance." Aristotle                                         Golongan kedua ini pula saya tidak katakan mereka ini adalah bad men tetapi mereka yang saya lihat adalah golongan yang terus melakukan perkara yang sama. Sedang masa terus meningkat, diri mereka tidak meninggkat dari perkara yang menjadi rutin bagi mereka. Tidak melakukan booster.
  3. Golongan ketiga yang saya maksudkan adalah golongan seperti negara-negara dunia ketiga. Hanya mengikut arus semasa, tidak membuat keputusan sendiri dan bersifat mengikut. 2 kemungkinan menjadi asbab: 1) Kurang persediaan sehingga mengakibatkan kegelisahan. 2)Kurangnya cita-cita, kerana matlamat adalah motivasi terbaik bagi yang berusaha (hanya yang berusaha).



Saya memandang fenomena ini dari sudut sifat dan sejarah. Apabila kita selak-selak kamus sejarah hidup generasi yang melakukan perubahan, peribadi-peribadi yang menjadi peningkat fasa-fasa manusia. Mereka tidak lain hanyalah berusaha dan berfikir untuk kecemerlangan dan kesempurnaan.

Berbeza dengan pakcik-pakcik yang bergoyang kaki sepanjang tahun kecuali masa menuai sekali setahun. Bila tiba tempoh tamat hidupnya, di situ juga tempoh dunia tamat kedengaran namanya diperkatakan.

Penting untuk kita sebagai pemuda yang hanya berusia semaian untuk mengumpulkan sifat-sifat dan menepati sunnatullah mereka yang cemerlang. Bagi menempatkan kita di barisan hadapan umat ini. Setiap kita membawa nilai masing-masing.