Pages

Pemuda Masjid



Antara 10 golongan mendapat naungan Arasy Allah adalah 
Pemuda yang hatinya terikat dengan masjid. (gambar: Hasan al-banna bersama pemuda Ikhwan)

Cetusan untuk menulis berkenaan dengan pemuda dan masjid sudah lama muncul. Kisahnya bermula ketika  saya pulang ke rumah dari sekolah tumpang Dr. Zainur Rashid (kerana anaknya satu sekolah dengan saya). Tiba di rumah, Dr. Zain menjenguk dan bertanya berkenaan dengan masjid depan rumah saya.

Sembang punya sembang, dia  tanya pada saya surau ni hidup tak? saya jawab tengok keadaan. Nasib baik ramai, kalau kurang baik kadang-kadang saya yang jadi muazzin, imam dan tiada makmum.
Lepas tu dia mengeluarkan kata-kata yang sangat menyentak hati : "Hmm.. rupanya membina manusia lebih susah berbanding bangunan, lebih susah mengimarahkan surau berbanding membina surau"


Yahya Ayyash tersenarai syuhada' ketika usia yang sangat muda. Beliau adalah pencipta bom untuk HAMAS dan syahid kerana khianat sepupunya terhadap dia dan Islam.

Kata-kata tersebut saya pernah terbaca dalam sebuah buku (kurang pasti tajuknya). Penulis mengatakan bahawa "Para daie harus meyakini bahawa membina dan mendidik manusia lebih sukar berbanding membina kilang-kilang dan bangunan-bangunan.".

Memang benar, sebelum surau  tersebut dibina. Penduduk taman hampir setiap hari berdiskusi apa pelan untuk mendapat pembiayaan dan sumbangan. Saya pernah terlihat kertas kerja meraka, cukup detail dan kemas. Tapi bila sudah bina, yang berkerah berfikir tidak berkerah tenaga ke surau tersebut.

"Mujahid itu sebagai seorang pemuda, yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. dia sentiasa berfikir, dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya perkataan dan bicaranyakesungguhan dan gurauannyatidak melampau bidang yang disediakn untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain yang ditunutut ke atasnya".

"Dia  berjihad dijalannya,kamu dapat membaca dari garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar gerakan lidahnya segala bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar,kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya"
- Imam As-Syahid Hasan Al-Banna -

Kenapa saya pilih tajuk Pemuda Masjid. kerana bagi pandangan saya kehadiran golongan belia dan remaja sebenarnya yang menghidupkan masjid tersebut. Bukannya golongan senja.

Rasionalnya, mungkin seperti kita sekarang masuk dalam masjid yang dipenuhi dengan atuk-atuk orang. Jujurnya, kita akan rasa masjid itu berpenghuni, tak meriah. Lain pula dengan kita masuk di pusat beli-belah, suasana hidup dan menggalakkan kerana hadirnya golongan yang bertenaga.

Tidak boleh tidak usaha mestilah bermula dari sekarang. Antara ibrah yang boleh kita peroleh:

  1. Masjid adalah pusat komuniti umat Islam. Dan semestinya kita patut menggerakkannya untuk menggerakkan komuniti tersebut. Sokongan dan dokongan haruslah daripada semua pihak.  
  2. Kita wajib meyakini bahwa pembinaan individu lebih sukar berbanding material. Untuk mendidik manusia perlu usaha yang berterusan, strategi yang lengkap dan persiapan yang menyeluruh.
  3. Pemuda adalah aset kepada ummah. Kebangkitan yang tanpa dalamnya pemuda ibarat bendera tanpa tiang. Wujudnya fikrah tapi tiada pendokong.