Pages

Mereka berfikir




Kita selalu baca atau mendengar kisah orang-orang hebat. Dan mungkin ada terfikir bagaimana mereka berfikir. Kerana diri mereka yang hebat semestinya buah atau hasil dari fikiran yang hebat.

Di sini saya ingin mengemukakan 2 orang tokoh yang sangat berpengaruh dalam dunia Islam iaitu:
  1. Imam Abu Hanifah - Pengasas mazhab Hanafi.
  2. Imam Asy-syahid Hasan Al-Banna - Pengasas gerakan Ikhwan Muslimin.

Imam Abu Hanifah


Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت) dilahirkan pada 80 Hijrah         bersamaan 699 Masihi. Merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan Mazhab Hanafi. Gelaran beliau     sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau pernah dipujuk oleh khalifah untuk memegang jawatan dalam kerajaan tetapi ditolaknya kerana bimbang dirinya dipergunakan oleh khalifah. Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Mazhab beliau tersebar di negara-negara Islam dan berpengaruh di Iraq. Selain itu, mazhab ini juga merupakan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniyah serta jajahan takluknya seperti MesirLubnan, dan Syria. -Wikipedia.org-

Ingin ditekankan di sini, ketika beliau ingin mengeluarkan fatwa berkenaan dengan Miqat orang yang ingin menunaikan Haji dan Umrah. Pandangan beliau menjangkau fikiran manusia biasa. Diceritakan, suatu hari beliau melihat burung berterbangan di langit, beliau terlintas kalaulah suatu hari nanti. Manusia datang menunaikan Haji dan Umrah dalam keadaan terbang (kapal terbang). Mereka hendak Miqat makani di mana? Lalu beliau mengeluarkan fatwa, bahawa mereka perlu niat di mana mereka mula penerbangan.


Imam Asy-syahid Hasan Al-Banna.


Saya berpeluang menghadiri Wacana Tarbawi di Shah Alam. Penceramah jemputan khas Syeikh Jum'ah Amin dari Mesir sangat banyak memberi suntikan semangat. Banyak pesanan beliau sampaikan kepada hadirin, dengan harapan kita akan memberi nilai tambah kepada dakwah insya-Allah.




Beliau menyampaikan pesanan dan diselitkan beberapa kisah para amaliyyun Ikhwan. Antara kisah yang masih terngiang-ngiang di fikiran saya adalah kisah Imam Albanna dalam melakar agenda dan perubahan. Syeikh jum'ah Amin berkata "Imam Albanna mengkaji banyak gerakan Islam di dunia, faktor kenaikan dan kelemahan mereka. Imam Albanna fikir masalah yang tak pernah berlaku pada Ikhwan ketika itu dan beliau menyelesaikan masalah tersebut"

Kesimpulan

Lihat bagaimana peribadi hebat berfikir, mereka muhasabah yang sudah berlalu dan berfikir apa yang ada di hadapan.

 Menyelesaikan sesuatu sebelum berlaku sesuatu. 

Itulah kuncinya. Wallahu a'lam.



No comments: