Pages

Allah dalam logik akal



Kalimah Allah terbentuk di langit.

Di mana Allah dalam logik akal?

Persoalan ini mungkin akan terlintas di benak fikir mana-mana manusia yang mula ingin mengenali Tuhannya. Tetapi apa jawapannya? Persoalan ini cuba dijawab oleh ramai pihak. Dan jawapan yang kita akan terima berbeza-beza tapi motif jawapannya tetap sama, iaitu Allah tidak akan dapat dijangkau dan terlintas dek akal.

Kata Abu'l a'la al-Maududi dalam mendefinisikan makna Tuhan:
Tuhan mengikut ilmu bahasa is bermakna 'yang berhak diibadati'. ertinya, orang yang kerana kebesaran dan kemuliaan keadaannya, dan ketinggian darjatnya, patut diibadati oleh manusia, dan mereka menundukkan kepala kepadanya, dalam pengabdian.
Juga makna tuhan meliputi "orang yang padanya berkumpul kekuatan yang menggagahi yang akal manusia sukar memahami" ataupun "orang yang terlindung kepada manusia, ertinya kekuatannya tidak dapat dilihat".


Dimension

Saya terfikir menulis post ini setelah baca nuku Physics of the impossible karangan Michio Kaku, seorang ahli Theoretical physics. Pandangan mengenai tuhan tidak boleh dirujuk kepada beliau semestinya. Tetapi tujuan post ini adalah untuk saya mengemukan pandangan beliau menurut perspektif Islam, Insya-Allah.

Kita mana kita ketahui bahawa kita sekarang berada dalam dimensi ke-3. Dalam matematik kita pelajari, kita ada tiga axis ( maaf kerana saya jadi mangsa PPSMI ). Axis-x,axis-y dan axis-z seperti gambarajah dibawah.


Kehidupan kita begerak sekitar tiga axis ini sahaja. Lain pula dengan lukisan yang kita lakar diatas kertas. Lukisan tersebut jika hidup, ia berada dalan dimensi ke-2. Dia hanya ada axis-x dan axis-y.


Orang yang berada dalam kotak diatas, tidak boleh lihat bola yang berada diluar kotak. Kerana dia terperangkap dengan lukisan kotak 2-dimensi. Kita di 3-dimensi dapat melihat orang dan bola dalam lukisan diatas kerana kita ada sisi yang lain, sisi yang tak dimiliki oleh orang tersebut.

Begitu juga kita, jika kita duduk dalam kotak 3-dimensi. kita tak dapat lihat bola yang berada diluar kotak tersebut.

Persoalan mungkin wujud, adakah ada orang yang berada di atas 3-dimensi? Yang dapat lihat kita dalam kotak dan bola di luar kotak.


Light (cahaya)

Cahaya adalah satu bentuk gelombang(wave). Gelombang memerlukan perantaraan(medium) untuk disebarkan atau dialihkankan(transfer). Seperti gelombang bunyi tidak boleh dialihkan tanpa adanya perantaraan iaitu udara atau air sebagai contoh. Tapi cahaya membawa satu sifat yang lain, cahaya tidak memerlukan medium untuk dihantar. Sebagai contoh, cahaya dari matahari sampai kebumi tanpa apa-apa perantaraan. Ruang angkasa bersifat vacuum. 

Fenomena ini menyebabkan ada ahli fizik yang membezakan cahaya dan gelombang lain. Mereka berpendapat cahaya adalah satu hasil yang terpancar dari dimensi yang ke-5.

Seperti yang diimani bahawa Malaikat diciptakan dari cahaya. Kelajuannya sepantas kilat menyambar. Ini dikisahkan sendiri oleh Nabi Muhammad, nabi yang benar menceritakan perkara yang benar, bahawa dia menaiki Buraq yang berkelajuan selangkah Buraq sejauh mata memandang.

Allah yang Maha Menciptakan telah menciptakan alam, Dia jugalah yang menciptakan ilmu dimensi ini dan Dia-lah yang menciptakan dimensi-dimensi ini. Sudah tentu Allah yang berada yang tertinggi, Maha Tinggi. 
سبح اسم ربك الأعلى
 Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Mahatinggi. (87:1)

Allah yang Maha Melihat dapat melihat bola yang berada di luar kotak 2 dimensi. Allah yang Maha Melihat juga dapat melihat bola diluar kotak 3 dimensi. Dan Allah yang Maha Melihat dapat melihat apa yang berada di dalam hati-hati hambanya samada ikhlas beramal kerana-Nya atau makhluk-Nya.

الا ماشاء الله, إنه يعلم الجهرومايخفى

Kecuali Dia menghendaki. Sungguh, Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi. (87:7)


Semoga diberi petunjuk untuk saya tidak tersimpang ke jalan yang sesat dan para pembaca untuk sedia menerima. Mohon dijauhkan dari bisikan syaitan. Wallahu a'lam. 

Menjawab persoalan, di mana Allah dalam logik akal?

Kata Abu'l a'la al-Maududi :
Tuhan mengikut ilmu bahasa is bermakna 'yang berhak diibadati'. ertinya, orang yang kerana kebesaran dan kemuliaan keadaannya, dan ketinggian darjatnya, patut diibadati oleh manusia, dan mereka menundukkan kepala kepadanya, dalam pengabdian.
Juga makna tuhan meliputi "orang yang padanya berkumpul kekuatan yang menggagahi yang akal manusia sukar memahami" ataupun "orang yang terlindung kepada manusia, ertinya kekuatannya tidak dapat dilihat".
Akal manusia yang lemah dan posisi kita yang rendah, dimensi ke-3 sudah tentu tidak dapat menjangkau bagaimana sebenarnya Allah sebagai pencipta dimensi kita dan berjuta-juta dimensi di atas kita. Wallahu a'lam.


*segala kesilapan dalam post kali ini harap diberi teguran.