Pages

Wahai para pejuang pemikiran



Makin saya melihat diri,
Makin timbul rasa kerisauan,
Dan terdetik untuk menulis
Sebuah coretan lintasan hati...

Khususnya untuk diri saya,
dan orang yang bersama-sama,
dalam membuat amal...

. . . . .

Wahai Para Pemikir,
Dengan segala rahmat-Nya, Allah memberi kelebihan kepadamu
bukanlah untukmu semata-mata, tapi untuk disampaikan kepada yang masih mencari dan yang berhak,
kamu kata kamu pejuang islam, tapi kenapa kamu tidak menyebarkan islam yang diperintahkan ke atas kamu.

Para Pemikir Islam Sekalian,
Kamu harapan islam, tapi mengapa kamu segan dan tidak ke depan dalam menentang kefasadan dan kemungkaran. sedangakan musuh-musuh Allah sentiasa maju kehadapan bagi menghancurkan pemikiran ummah Islam yang suci. Tapi betulkah kamu harapan islam, sedangkan dirimu sendiri belum disibukkan dalam urusan tarbiyyah dan dakwah.

Wahai Pendokong Ideologi Tertinggi,
Kamu kata kamu daie, tapi kenapa kamu masih menangguh untuk merancang dan menyusun urusan dakwahmu. Adakah kamu daie yang diharapkan oleh kekasih Allah, dalam masa yang sama kamu lebih memikirkan tentang dirimu berbanding umat sekeliling kamu yang menjadi amanah pada dirimu.

Wahai Para Penyambung Risalah,
Risalah apa yang kamu bawa? Risalah nabi junjunganmu? Tapi kenapa kamu hanya membawa dan menyampaikan sedangkan dirimu si pembawa tidak berusaha untuk beramal sepenuhnya dengan apa yang kamu bawa. kamu sangka kamu ingin menyelamatkan si penerima dari seburuk-buruk tempat tapi kamu berada di tempat yang sama dengannya. bagai kamu dan penerima ada di jurang curam gunung, dalam keadaan tenat seperti itu kamu menghulurkan tangan untuk menyelamatkannya. sudah tentu mereka tidak akan terima.

Wahai Penerus Utusan Allah,
Bersatulah,bersatulah dan bersatulah dalam dakwah dan dalam membuat amal kearah mardhotillah kerana keberkahan tuhanmu diturunkan kepada yang bersatu.
sedarlah..sedarlah wahai para pejuang.

Mac.2009
Sekolah Menengah Islam Hira'


Sesi tazkirah oleh akhi Shahir dalam program Iftar batch,
program seperti ini banyak mengajar kami erti ukhuwwah islamiyyah dan amal jamaie.
(foto) saya berada di hadapan sekali, berbaju biru dan berketayap. 2009


Tulisan ini adalah memori tarbiyyah bagi saya, sebuah kenangan yang sukar dilupakan kerana ia adalah intipati kepada diri saya. Tarbiyyah yang membentuk diri ini dari bertindak buas dan nakal pada ketika dahulu kepada diri yang baharu, diri yang berfikir, mengejar ilmu dan berhemat.

Hadirnya diri di dalam tarbiyyah seolah-olah menghadirkan diri ke alam dunia dari alam rahim yang gelap. Bernafas dengan udara yang baru, memandang manusia dengan pandangan harapan dan berfikir tentang diri kepada menentang musuh musuh umat ini.

Semua ini tak mampu dicapai melainkan dengan proses pentarbiyahan lama dan tersusun. Untuk seusia saya menulis Sajak ini, tarbiyyah yang lengkap susah untuk di dapati selain dari institusi Hira', Sekolah Menegah Islam Hira'.

Terima kasih kepada para murabbi yang mendidik, serta para As-saatizah yang meninggalkan legasi dakwah dan tarbiyyah di sana.

Antumlah yang melahirkan saya ke dunia yang baru.

( Penulisan asal di blog lama saya : http://duaperkongsian.blogspot.com/ )