Pages

Mampukah kita jadi Mujaddid



"Allah akan membangkitkan pada setiap pangkal abad bagi satu ummah orang-orang yang akan membangkitkan kembali AgamaNya" Hadith


Setelah meneliti buku karangan Imam Sayyid Abul A'la Al-Maududi yang berjudul Gerakan tajdidi Islami, saya dapat memahami bahawa :
Tugas dan usaha para mujaddid setanding dengan Ar-Rasul, cuma yang membezakan mujaddid adalah meneruskan bukan mengasaskan Sunnah, penyampaikan bukan mendapatkan Wahyu

Maka bagi saya, menjadi mujaddid ini adalah soal mampu atau tidak. Sebagaimana yang kita sudah memikul tugas dan disuruh untuk berusaha, maka selepas itu kita dinilai setakat mana kita menjalankannya.


Wallahu a'lam


Catatan musafir (1)




Merantau atau bermusafir adalah amalan yang sangat mulia di sisi Islam dan juga budaya melayu itu sendiri. Sejarah Melayu itu sendiri banyak mengisahkan tentang pengembaraan dan perlayaran umat melayu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Seperti Parameswara yang larikan diri dari negeri kelahiran Srivijaya ke Melaka, Hang Tuah dari Kota Melaka ke Pahang dan sebagainya.

Dari kaca mata pendidikan dan pentarbiahan pula, jaulah atau musafir mempunyai tujuan yang lebih dari berjalan dan memenuhi keinginan. Akan tetapi ianya adalah method untuk meluaskan pandangan dengan mengamati masalah umat sejagat tanpa terikat dengan setempat serta untuk melihat kesan-kesan pengorbanan ulama'-ulama' terdahulu daripada kita yang telah menyampaikan Islam jauh ke dalam jiwa masyarakat.

Jaulah adalah satu daripada wasilah tarbiyyah. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, ingin sekali saya mendefinisikan tabiyyah itu sendiri: 




Di dalam buku Wasail Tarbiyah Indal Ikhwan karangan Dr Ali Abdul Halim Mahmud, beliau mendefinisikan tarbiyah di sisi Ikhwan sebagai cara (uslub) yang terbaik dalam berinteraksi dengan fitrah manusia secara langsung (iaitu dengan perkataan) atau tidak langsung (iaitu dengan tingkah laku/qudwah) berdasarkan method (manhaj) yang tertentu, menggunakan medium (wasilah) tertentu demi mewujudkan perubahan dalam diri manusia menjadi lebih baik.

*   *   *   *   *


Jumaat 15 Jun
Bas akan sampai pukul 3.30am, jadi ada dalam kalangan kami yang bercadang untuk tak tidur malam tersebut kerana boleh di'qadak'kan dalam bas nanti, sudah tentu bahan tarbawi adalah cara terbaik untuk mengisi malam tersebut. Ada juga yang tidur saja melepaskan lelah siang yang belum terubat. Malam tersebut sangat meriah di dalam dorm dan juga dalam surau AIM dengan amalan-amalan nawafil sebagai penghidup malam.

Perjalanan dari pantai barat ke pantai timur dengan merentasi Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia mengambil masa lebih kurang 7 jam, mula berangkat pada pukul 4.30am dan tiba pukul 11.30 tengahari.

Kelantan adalah negeri di bawah pengaruh Pakatan Rakyat khususnya PAS. Saya menetap di Negeri Sembilan sudah tentu menjadi rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional-UMNO ingin sekali melihat kelainan dari negeri Kelantan. Negeri yang dikisahkan kepada saya mempunyai pemimpin yang zuhud dan Raja yang soleh. Sepanjang perjalanan saya selak langsir bas dan perhatikan keadaan masyarakat dan ekonomi di situ. Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, melalui pemerhatian saya:
  1. Kebanyakkan rumah di situ masih lagi rumah kayu yang hanya saya dapat lihat seperti itu di kampung saya Juasseh yang berada di pendalaman Negeri Sembilan.
  2. Keadaan perumahannya yang rapat-rapat dan tersusun, ia menggambarkan kepada saya yang pertumbuhan ekonomi di sini agak perlahan. Yang mana anak-anak membahagikan tanah dan bina rumah mereka di situ seperti kampung saya di Kampung Paya, Pulau Pinang. Jika di Negeri Sembilan, generasi menetap di kampung adalah nenek atuk kami dan generasi kini mula berhijrah ke Seremban.
  3. Di segi kebersihan setempat, sepanjang jalan ke Kota Bharu di bahu jalan dilitupi dengan rumput panjang dan sampah sarap. Di Seremban, rumput dan pokok hiasan di tepi jalan di jaga dengan rapi di bawah kendalian MPS.
Saya ingin highlight di sini adalah kerana antara tujuan saya menghadiri jaulah ke Negeri Serambi Makkah ni adalah untuk melihat sendiri negara Islam yang PAS maksudkan, pemerintahan Islam yang PAS maksudkan dan pengurusan ekonomi Islam yang PAS maksudkan. bukan saya kata bahawa PAS tak buat kerja atau cakap tak serupa bikin atau sebagainya tapi saya just nak tahu apa yang PAS faham mengenai negara dan masyarakat Islam. Dan saya tak maksudkan pemerintahan UMNO lebih baik (baca sampai habis dulu baru buat tafsiran).

Huh.. penat menahan lenguhnya pinggang dan segala sendi-sendi yang menyambungkan tulang-tulang kami, akhirnya tiba di tengah-tengah Kota Bharu. Kami berkeliaran ke seluruh pelusuk bandar untuk mengamati tinggalan sejarah negeri Kelantan dan menjamu makan tengahari.


akan bersambung ke siri ke-2




Sumbangan adalah pelaburan




Bismillahirrahmanirrahim

Kepada:

Yang berbahagia

Dato'/Datin/Tuan/Puan

MEMOHON DANA DAN SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN AKADEMI IKATAN MUSLIMIN

Perkara di atas adalah dirujuk:

2. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, Akademi Ikatan Muslimin (AIM) adalah merupakan sebuah institusi yang menjalankan aktiviti pendidikan kepada masyarakat dan telah beroperasi mulai Januari tahun 2010. Penumpuan telah diberikan kepada program Pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu pihak kami juga menjalankan program Pengajian Tahfiz bagi pelajar yang berumur 13 tahun ke atas yang beroperasi dengan menggunakan nama Mahaad Tahfiz Ikatan Muslimin (MATIN).

3. Sehubungan dengan itu, pihak Akademi Ikatan Muslimin memerlukan dana bagi membangunkan beberapa projek penambah baikkan infrastruktur dan pembelajaran seperti 
  • Memperbaiki kelas (cat kelas, baiki pintu, memasang langsir, memasang Air-cond 2hp, meja lipat dan kerusi Banquet).
  • Pejabat (air-cond 3hp, air-cond 2hp)
  • Surau (kipas besar, rak kasut)
  • Maahad Tahfiz Ikatan Muslimin (meja tahfiz, rak kasut, air-cond 2hp, rak al-quran, meja ustaz)
  • Program pelajar.
  • Jumlah: RM5,000

4. Sumbangan para Dato'/Datin'/Tuan/Puan boleh dihulurkan secara tunai atau bank iin ke dalam akaun: 558453100804 (MAYBANK). Ataupun boleh juga disumbang dalam bentuk item-item barangan yang telah dinyatakan di atas.

5. Untuk maklumat lanjut, Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh dihubungi: Ustaz Zolkifli bin ISMAIL : 012-5076770

6. Oleh itu, kami memohon jasa baik dari pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat mempertimbangkan atas permohonan ini. Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan bersama kami untuk mendidik anak bangsa yang dicintai.

"Membina Generasi Harapan"

Yang Benar,

(ZOLKIFLI BIN ISMAIL)
CEO
Akademi Ikatan Muslimin